Featured

KESIMPULANNYA



Kesimpulannya, Al-quran dan hadith boleh dijadikan contoh serta rujukan untuk manusia mengkaji segala yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T manusia perlulah menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup

PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT HADITH


Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas Rasulullah, ahli keluarga dan semua sahabatnya.
Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan  sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (جمع الخلق) yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud  r.a katanya: 
( حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقُه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون علقة مثلَ ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يبعث الله ملكاً يؤمر بأربع كلمات ويقال له: اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد. ثم ينفخ فيه الروح…”). صحيح البخاري رقم (3208).
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].
Berdasarkan yang disebut dalam hadis, mereka menafsirkan  bahawa roh ditiup ke dalam janin pada waktu ianya  berupa seketul daging, yang pada zahirnya selepas 40 hari yang ketiga[2].
Kerana inilah ada ulama’ yang mengeluarkan fatwa bahawa boleh menggugurkan kandungan dalam masa 4 bulan pertama dari kehamilan dengan tidak ada sebab yang dharurah, kerana pada fahaman mereka janin hidup pada peringkat ini sebagai hidupan tumbuh-tumbuhan, belum ditiup roh sebagai manusia lagi, dan fahaman ini telah tertanam dalam dengan kuatnya bagi setengah ulama’ sehingga ianya telah menjadi satu fahaman yang diterima dalam Syariah bahawa kejadian janin peringkat pertama melalui tiga kali 40 hari, sedangkan fahaman ini telah bercanggah dengan hakikat ilmiah (saintifik) yang muktamad dalam ilmu kejadian janin di zaman moden, menyebabkan ada segolongan orang Islam yang tidak mendalam ilmu agamanya telah menolak hadis-hadis yang seumpama ini. Demikian juga dengan golongan anti Islam, mereka telah menjadikan hadis-hadis seumpama ini sebagai senjata untuk menghentam Islam.
Ini adalah bertentangan dengan  kajian kepada apa yang dijelaskan oleh Al-Quran tentang proses kejadian janin dan huraiannya oleh ahli-ahli tafsir. Juga sebaaimana yang dijelaskan oleh hadis Nabi saw terhadap masa kejadian janin yang begitu terperinci menyamai apa yang terdapat dalam kajian ilmiah ahli-ahli sains moden bahawa peringkat kejadian janin; bermula dari air mani, segumpal darah dan seketul daging, semuanya terjadi dalam masa 40 hari pertama sahaja.
Dalam perbincangan ini akan disebut beberapa asas;
Pertama: Penjelasan Al-Quran terhadap kejadian janin dan huraian ulama’ tafsir mengenainya.
{ ولقد خلقنا الإنسان من سلالة من طين. ثم جعلناه نطفة في قرار مكين. ثم خلقنا النطفة علقة فخلقنا العلقة مضغة فخلقنا المضغة عظاماً فكسونا العظام لحماً ثم أنشأناه خلقاً آخر فتبارك الله أحسن الخالقين }. المؤمنون 12-14.
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta”. [Al-Mu’minun: 12-14].
Satu: Peringkat air mani (النطفة).
Kata Ibnu Kathir [3]: ‘Kemudian kami kami jadikan nuthfah; iaitu air yang terpancut keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang punggung perempuan’. Nuthfah juga disebut sebagai percampuran air mani lelaki dan perempuan sebagaiman yang tersebut dalam ayat
 { إنا خلقنا الإنسان من نطفة أمشاج نبتليه..}. الإنسان 2.
“Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari (setitis) air mani yang bercampur (benih lelaki dan perempuan) untuk kami mengujinya..”. [Al-Insan: 2].
Ini disebut sebagai telur yang telah disenyawa dengan beberapa peringkat yang semuanya masih dalam bentuk setitik air.
Dua: Peringkat segumpal darah (العلقة) .
Peringkat ini melalui beberapa proses dari mulanya hingga akhir. Kalimah ‘alaqah seperti yang dijelaskan oleh ahli tafsir ialah: diambil dari kalimah ‘alaqa iaitu melekat dan bergantung dengan sesuatu yang lain. Ini bertepatan dengan keadaan janin yang melekat dengan dinding rahim sepanjang minggu kedua.
‘Alaqah juga disebut sebagai darah atau darah yang sangat merah dan darah beku. Ia bertepatan dengan keadaan janin diperingkat ini. Tempoh proses peringkat ini ialah bermula pada minggu kedua hingga akhir minggu ketiga.
Tiga:Peringkat seketul daging (المضغة).Bermulanya pada minggu ke empat, tepatnya pada hari ke 22 jantung mula bergerak dan janin telah memasuki peringkat mudhghah. Ulama’ tafsir telah menjelaskan peringkat ini dengan terperinci. Kata Ibnu Kathir: ‘Mudhghah: Seketul, seperti seketul daging yang tidak ada bentuk apa-apa, besarnya sekadar apa yang dapat digigit. Ini bertepatan dengan keadaan janin di awal peringkat ini yang ukurannnya sebesar biji gandum sehingga sebesar  biji kacang tanah (3-5 mm). Janin melalui proses pembesaran yang cukup cepat setiap hari bahkan setiap jam.
Di akhir peringkat ini akan nampak sifat kejadian tangan, kaki, kepala, dada dan perut demikian juga dengan organ dalaman tubuh, sedang tubuh zahirnya masih dengan seketul daging, inilah yang digambarkan dalam Al-Quran;
  ثم من مضغة مخلقةٍ وغير مخلقة…}. الحج 5}
Maksudnya: “Kemudian kami jadikan seketul daging yang sempurna kejadiannya dan  yang tidak sempurna”. [Al-Haj: 5].
Dari nas ini jelas bahawa kejadian bentuk manusia bermula di peringkat ini, dan dari ilmu janin pula menegaskan bahawa kejadian bentuk manusia bermula pada awal minggu keempat hingga kepada sebelum tamat minggu keenam, selepas itu akan bermula peringkat baru pula.
Empat: Peringkat kejadian tulang.
Di minggu ke tujuh ini bermula satu proses baru, iaitu timbulnya tulang dan tubuh mula menjadi kuat. Kata Ibnu Kathir: ‘Yakni kami jadikan bentuknya mempunyai kepala, tangan, kaki dengan tulang-tulang dan urat sarafnya’.
Kata As-Syaukani [4]: ‘Allah menjadikannya keras supaya menjadi tiang kepada tubuh mengikut bentuknya yang khas’.
 Mengikut ilmu janin tulang dijadikan pada awalnya kemudian dibaluti dengan daging pada akhir minggu ke tujuh dan sepanjang minggu ke lapan.
 Dengan ini berakhirlah peringkat kejadian bentuk manusia dengan bentuk yang begitu kecil, apabila tamat minggu ke lapan dikira berakhirlah peringkat ‘janin’, selepas itu disebut dengan nama peringkat ‘hamil’ atau dalam Al-Quran disebut peringkat ‘An-Nash-ah’.
Peringkat kejadian yang berbentuk  “النشأة خلقا آخر”.
 Peringkat ini bermula pada minggu ke sembilan, janin membesar dengan perlahan hingga minggu ke dua belas, kemudian ia membesar dengan cepat hingga ke akhirnya.
Ia mempunyai beberapa ciri yang tertentu di antaranya;
 Berlaku proses pembesaran semua anggota sebagai persediaan untuk menjalankan tugas masing-masing.
 Janin sudahpun di tiupkan roh kepadanya mengikut pendapat kebanyakkan ulama’ tafsir. Kata Ibnu Kathir: ‘Kemudian kami tiupkan roh kepadanya dan ia mula bergerak dan menjadi satu kejadian makhluk yang mempunyai pendengaran, penglihatan, perasaan dan gerakan’.
Kedua: Nas Hadis yang menjelaskan kejadian janin.
Hadis pertama:
Imam Muslim rahimahullah meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a katanya:
(حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون في ذلك علقة مثل ذلك، ثم يكون في ذلك مضغة مثل ذلك، ثم يُرسل الملك فينفخ فيه الروح. ويؤمر بأربع كلمات: بكتب رزقه وأجله وعمله وشقي أو سعيد”). صحيح مسلم رقم 2643..
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian pada masa itu dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian pada masa itu dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezkinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Muslim No. 2643].
Hadis kedua:
Dari Huzaifah bin Usaid r.a, Sabda Nabi saw:
إذا مر بالنطفة ثنتان وأربعون ليلة، بعث الله إليها ملكا، فصورها وخلق سمعها وبصرها وجلدها ولحمها وعظامها، ثم قال: يا رب أذكر أم أنثى؟ فيقضي ربك ما شاء ويكتب الملك…). صحيح مسلم رقم: 2645. 
Maksudnya: “Apabila air mani telah melalui proses selama 42 malam Allah mengutus kepadanya seorang malaikat, maka ia membentuk rupanya, menjadikan pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, daging dan tulangnya, kemudian malaikat bertanya: Wahai Tuhan, janin ini lelaki atau perempuan? Maka Allah telah menentukan apa yang dikehendakinya, dan malaikat menulisnya…”. [Sahih Muslim No. 2645].
 Dalam hadis yang pertama Nabi saw telah menceritakan dihimpun kejadiannya dalam masa 40 hari, jadi apakah maksud himpun  (جمع) dalam hadis ini?
Maksud himpun (jama’a)  ialah menghimpun sesuatu dengan yang lain selepas berserakan.
Dari hadis ini boleh dibuat kesimpulan bahawa Nabi saw mengisyaratkan kepada berhimpunnya sel-sel dalam rahim yang banyak pada peringkat ini dan menjadi janin.
Demikian juga hadis ini menunjukkan kepada proses kejadian janin yang pertama; segumpal darah kemudian seketul daging semuanya bermula dan selesai kejadiannya dalam masa 40 hari. Tidak ada riwayat yang sahih menunjukkan perkataan ‘Nuthfah’ air mani dijadikan dalam masa 40 hari pertama.
Hadis ini berbeza dengan hadis riwayat Imam Al-Bukhari dengan adanya tambahan (في ذلك) ‘pada masa itu’, dengannya fahaman menjadi jelas dan bertepatan dengan penemuan saintifik mengenainya serta hilanglah semua keraguan yang ditimbulkan oleh musuh Islam.
Maka dengan riwayat ini proses kejadian janin dihimpun selama 40 hari yang pertama dari umurnya, demikian juga proses menjadi darah kemudian seketul daging terjadi dalam masa 40 hari, kerana lafaz (في ذلك) ‘pada masa itu’ kembali kepada masa (40 hari), ada pun isyarat (مثل ذلك) ‘seumpamanya’ mesti kembali kepada sesuatu dan yang paling hampir di sini ialah menghimpunkan kejadian
 (جمع الخلق) .

Hadis kedua pula Nabi saw telah menjelaskan bahawa sebelum berlalunya 42 hari tidak mungkin dapat  dibezakan kejadian janin sebagai seorang manusia dan belum sempurna sifat kejadiannya.
Ketiga: Menjelaskan khilaf yang berlaku dalam memahami erti hadis. Syeikh Abdul Majid Az-Zandani telah mentaufiqkan di antara hadis-hadis yang terdapat dalam masalah ini. Telah jelas dari dalil-dalil syara’ dan hakikat kajian ilmiah yang kukuh bahawa pendapat yang mengatakan janin melalui proses 40 hari tiap satu peringkat adalah tidak tepat berdasarkan kepada dalil-dalil yang akan disebut dibawah ini;

 Pertama: Hadis Ibnu Mas’ud r.a telah diriwayat oleh dua Imam, Al-Bukhari dan Muslim, tapi riwayat Muslim menambah perkataan (في ذلك) dua kali sebelum lafaz (علقة) dan (مضغة), tambahan ini sahih dan dianggap sebagai asal kepada matan hadis untuk menerima kedua-dua riwayat, dengan ini riwayat yang sempurna kepada hadis ini ialah riwayat Imam Muslim.

 Kedua: Al-Quran   telah menyebut bahawa tulang dijadikan selepas terjadinya seketul daging, Nabi saw dalam hadis Huzaifah telah menjelaskan bahawa awal kejadian tulang ialah selepas 42 malam dari bercampurnya air mani, maka dengan ini fahaman yang mengatakan tulang dijadikan selepas 120 hari bercanggah dengan apa yang diriwayat oleh Huzaifah, juga bercanggah dengan kajian saintifik mengenai kejadian tulang bermula pada minggu yang ke enam, bukan selepas minggu ke 17, ini menguatkan lagi maksud hadis Huzaifah.
 Imam Abdul Rahman Ibnu Rajab [5] telah menjelaskan perkara ini dalam menghuraikan hadis Ibnu Mas’ud r.a yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, lafaznya hampir sama dengan riwayat Al-Bukhari, katanya: ‘Riwayat Imam Ahmad yang menunjukkan bahawa janin tidak dibaluti dengan daging kecuali selepas 160 hari, ini adalah satu kesilapan. Perawi Ali bin Zaid iaitu Ibnu Jud’an tidak boleh dibuat hujjah riwayatnya’.
 Beliau juga mengatakan: ‘Zahir hadis Ibnu Mas’ud r.a menunjukkan bahawa rupa janin, kejadian pendengarannya, penglihatannya, kulitnya, daging dan tulangnya adalah di awal 40 kedua, maka ini bererti di awal 40 hari  kedua itu sudah dijadikan daging dan tulang’.
 Tiga: Bercanggah juga dengan gambaran kejadian janin yang dijelaskan oleh Al-Quran.
 Janin pada hari ke 20 atau 30 atau 39 tidak boleh lagi disifatkan sebagai air mani. Dan pada hari ke 60 atau 70 tidak boleh lagi disifatkan seperti segumpal darah kerana ianya telah sempurna kejadiannya. Demikian juga tak mungkin pada hari ke 80 hingga 120 mengganggapnya seperti seketul daging kerana ianya telah lama selesai kejadian dan setiap anggotanya telah pun menjalankan tugas masing-masing.
Ke Empat: Bilakah Roh ditiupkan?

 
Isu ini tidak dapat dijelaskah  oleh ilmu sains tapi ianya dijelaskan oleh nas-nas Syara’. Tidak ada –mengikut kajian ulama’- nas yang jelas lagi sahih kecuali hadis ‘menghimpunkan kejadian manusia’ (جمع الخلق) yang diriwayat oleh Imam Al-Bukhari, Muslim dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a yang telah tersebut di atas.
 Telah ittifaq ulama’ Islam bahawa janin akan ditiupkan roh selepas selesai peringkat kejadian ‘mudhghah’ (seketul daging) berdasarkan nas hadis Nabi saw yang jelas. Begitu juga kejadian seketul daging dijadikan pada 40 hari pertama sebagaimana hadis jama’al khalq dan hadis Huzaifah, demikian juga dengan penemuan kajian saintifik tentang janin. Yang sahihnya roh akan ditiupkan selepas 40 hari pertama dari umur janin bukan sebelumnya dengan yakin. Tapi bilakah terjadi peristiwa tersebut dengan tepatnya? Selepas dua bulan atau tiga bulan atau lebih atau kurang? Tidak ada siapa yang boleh menentukannya dengan tepat selepas 40 hari pertama, kerana tidak ada nas yang sahih tentangnya.
 Namun boleh diijtihadkan secara lebih kurang berdasarkan firman Allah;
{ ثم سواه ونفخ فيه من روحه } السجدة 9.
Kemudian Allah menyempurkan (kejadiannya) dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya roh (ciptaan)-Nya”. [As-Sajadah: 9].
Boleh difahami dari ayat ini bahawa roh ditiup selepas sempurna kejadiannya, iaitu selepas minggu ke lapan, inilah apa yang disimpulkan oleh kebanyakan ahli tafsir.
Iaitu sebelum berakhirnya minggu ke lapan semua anggota asas telah dijadikan, maka dengan ini mungkin roh ditiupkan pada janin selepas proses kejadiannya pada minggu ke sembilan atau sepuluh, atau selepas selesai kejadian anggota jantinanya pada minggu ke dua belas atau selepasnya, wallahu a’lam.
Boleh juga diandaikan janin sudah mempunyai roh berpandukan kepada gerakannya. Sheikh Ibnu Al-Qayyim  [6] telah menggambarkan keadaan janin sebelum dan selepas ditiupkan roh, katanya; ‘Adalah gerakan janin untuk membesar seperti gerakan tumbuh-tumbuhan, gerakannya tidak berpandukan kepada kehendaknya, kemudian selepas ditiupkan roh berhimpun gerakan perasaan dan kehendaknya  kepada gerakan pembesarannya”.
Telah sabit dalam kajian saintifik gerakan janin dapat  dikesan pada peringkat awal, iaitu pada minggu ke lapan atau ketika kandungan janin sebesar 3sm atau panjang janin lebih kurang 15mm. Demikian juga dapat  dilihat gerakan pernafasan, anggota bahagian atas, denyutan jantung, kerdipan mata dan sebagainya. Gerakan tangan ke mulut, lidah dan menghisap jari semuanya dapat  dilihat diminggu ke enam belas, iaitu sebelum 120 hari.

 Penutup:

 Demikianlah sedikit perbincangan mengenai mu’jizat Nabi saw yang menceritakan proses kejadian janin yang begitu halus dan terperinci di zaman sebelum manusia mengenali sains dan teknologi lebih 14 abad yang lampau, ini menunjukkan kebenaran ajarannya, begitu juga dengan perkara lain seperti hadis ‘Zubab’ atau lalat dan seumpamany. Sekira ianya bercanggah dengan fakta saintifik bukan salah hadis tapi mungkin silap tafsir atau salah faham atau mungkin juga hadis tersebut tidak sahih keluar dari mulut Nabi saw.
Semoga Allah menambahkan kekuatan berfikir dan  kefahaman yang luas kepada kita semua agar dapat  kita memahami isi kandungan ayat-ayat-Nya serta Sunnah Nabi saw dan terus berpegang serta beramal dengan kedua-duanya.


وصلى الله على نبينا وسيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين.
[1] Perbincangan ini diistifadah dari maqalah yang ditulis oleh Dr. Abdul Jawad As-Sawi dalam majalah ‘Al-I’jaz Al-‘Ilmi’ yang dikeluarkan oleh Rabithah Al-‘Alam Al-Islami, Makkah. bilangan (8) Syawal 1421H. untuk penjelasan yang lebih lanjut pembaca disarankan agar merujuk kepada rencana asal dalm majalah ini dan rujukan lain yang berkaitan dengannya, seperti tulisan Sheikh Abdul Majid Az-Zandani hafizahullah

KEJADIAN NABI ADAM A.S MENURUT AL-QURAN

Al Baqarah


وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَـئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِى الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَآءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
  • 30. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [Al Baqarah 30]

  • 31. وَعَلَّمَ آدَمَ الأسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَؤُلاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
    Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!"


    قَالُوا سُبْحَانَكَ لا عِلْمَ لَنَا إِلا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ 32
    Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.


    33. قَالَ يَا آدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ
    Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini". Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"


    وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُوا لآدَمَ فَسَجَدُوا إِلا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ . 34
    Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.


    35. وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلا تَقْرَبَا هَذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ
    Dan Kami berfirman: "Hai Adam diamilah oleh kamu dan istrimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang lalim.



    36. فَأَزَلَّهُمَا الشَّيْطَانُ عَنْهَا فَأَخْرَجَهُمَا مِمَّا كَانَا فِيهِ وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ
    Lalu keduanya digelincirkan oleh setan dari surga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan".


    فَتَلَقَّى آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ  . 37
    Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima tobatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima tobat lagi Maha Penyayang.


    38. قُلْنَا اهْبِطُوا مِنْهَا جَمِيعًا فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنْ تَبِعَ هُدَايَ فَلا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلا هُمْ يَحْزَنُونَ
    Kami berfirman: "Turunlah kamu semua dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".


    وَالَّذِينَ كَفَرُوا وَكَذَّبُوا بِآيَاتِنَا أُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ . 39
    Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.


    40. يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَوْفُوا بِعَهْدِي أُوفِ بِعَهْدِكُمْ وَإِيَّايَ فَارْهَبُونِ
    Hai Bani Israel, ingatlah akan nikmat-Ku yang telah Aku anugerahkan kepadamu, dan penuhilah janjimu kepada-Ku niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu; dan hanya kepada-Ku-lah kamu harus takut (tunduk).

KEAJAIBAN UNTA MENURUT AL-QURAN

UNTA

أَفَلَا يَنْظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ (17) وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ (18) وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ (19) وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ (20) فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ (21) 
Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan? Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang memberi peringatan. (Surah al-Ghasyiah : ayat 17-21)
Ayat ke 17 surat Al-Gashiyyah yang berbunyi "Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan?", menyebutkan seekor binatang yang harus kita amati dan fikirkan, iaitu unta.
Ciri-ciri khusus eksklusif yang dimiliki unta adalah struktur tubuhnya yang tidak terpengaruh meskipun hidup di tengah cuaca yang panas. Tubuhnya mempunyai kelebihan di mana selama berhari-hari, unta dapat hidup tanpa air dan makanan dan bahkan dapat  berjalana dengan membawa beban ratusan kilogram di belakangnya. Beberapa Ciri-ciri unta membuktikan bahawa binatang ini memang diciptakan untuk cuaca yang panas dan ditugaskan untuk membantu manusia. Dalam Al-Quran surat Yunus disebutkan:
إِنَّ فِي اخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمَا خَلَقَ اللَّهُ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَّقُونَ (6)
"Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 10:6)"

Kaki untuk segala jenis tanah; kakinya memiliki dua jari yang saling terkait dengan bantalan yang fleksible. Struktur yang terdiri dari empat bulatan tebal ini memungkinkan kakinya untuk bertahan dengan kuat pada tanah. Kaki-kaki ini benar-benar sesuai untuk segela jenis kondisi tanah. Kuku-kukunya melindungi tapak kaki dari kerusakan yang mungkin terjadi akibat pukulan. Lututnya dilindungi oleh suatu struktur yang disebut "callus", yang terdiri dari kulit yang sangat keras dan tebal seperti tanduk. Ketika untak duduk di atas pasir yang panas, struktur callus ini melindunginya dari kerusakan akibat pasir yang sangat panas.
Bongol sebagai persediaan makanan; bongol unta banyak berisi lemak dan menyediakan zat makanan secara berterusan ketika kelaparan. Dengan keadaan ini, unta dapat hidup selama 3 minggu tanpa air, sementara ia kehilangan 33% berat tubuhnya. Dalam situasi extreme yang sama, manusia akan kehilangan 8% berat tubuhnya namun mati dalam waktu 36 jam kerana manusia telah kehabisan air dalam tubuhnya.
Bulu penyekat panas; bulu unta ini terdiri dari rambut tebal dan bulu kempa yang tidak hanya melindungi tubuhnya dari kondisi cuaca dindin dan panas, namun juga menghindari kehilangan air tubuhnya. Unta dapat menahan peluh keringat tubuhnya dengan cara menaikkan suhu tubuhnya hingga 41°C, sehingga menghindari kehilangan air tubuh. Dengan bulu tebalnya, unta di benua Asia dapat bertahan hidup di suhu tinggi yang hingga +51°C di musim panas dan turun hingga -51°C di musim dingin.
Kepala yang terlindungi dari pasir; bulu mata unta berbentuk dua sisir terpisah yang saling melekat. Dalam keadaan bahaya, bulu matanya secara otomatis menutup. Dengan bentuk spesial semacam ini, meskipun sebutir pasir kecil tidak akan dapat masuk ke dalam matanya. Hidung dan telinganyapun ditutupi oleh rambut yang panjang untuk perlindungan dari debu dan pasir. Lehernya yang panjang memungkinkannya untuk meraih dan makan dedaunan yang tingginya 3 meter dari tanah.
Selahin kelebihan di atas, unta juga mempunyai sistim khusus dalam tubuhnya. Sebenarnya masing-masing dari kelebihannya ini memberikannya kemampuan dalam kondisi keras padang pasir. Kelebihan-kelebihannya ini dapat dikategorikan sbb:
Ketahanan dari lapar dan dahaga
Unta dapat hidup tanpa makan dan air selama 8 hari di bawah suhu 50°C. Selama periode ini, unta kehilangan 22% berat tubuhnya. Namun ia dapat bertahan hidup meskipun kehilangan 40% air dalam tubuhnya, sementara itu kehilangan 12% saja dapat menyebabkan kematian manusia. Sebab ketahanannya yang lain terhadap kehausan adalah suatu mekanisme yang memungkinkan unta untuk meningkatkan suhu internal tubuhnya hingga 41°C. Berkat kelebihannya ini, unta dapat menahan kehilangan air pada tingkat minimal dalam iklim yang sangat panas di padang pasir. Unta juga dapat menurunkan temperatur internal tubuhnya hingga 30°C di tengah malam yang dingin di padang pasir.
Unit pemanfaatan air yang canggih
Unta dapat mengkonsumsi 130 liter air hampir dalam waktu 10 menit. Jumlah ini kira-kira sepertiga dari berat tubuhnya. Selain itu, unta juga memiliki sebuah struktur mucus (ingus) di hidungnya yang 100 kali lebih besar luasnya dari punya manusia. Setiap kali unta bernapas, udara dilembabkan oleh ingus. Ketika kita bernapas, kita kehilangan 16 mg uap air untuk setiap liter udara. Namun dengan struktur mucusnya, unta dapat memanfaatkan kelembaban udara dengan perbandingan 66%.
Mengambil manfaat maksimal dari makanan dan air
Kebanyakan binatang mati ketika urea yang terkumpul dalam tubuhnya masuk ke dalam sistim sirkulasi darah. Namun unta menggunakan urea yang diproduksi dlam tubuhnya ini, dengan menyaringnya melalui hati secara kontinyu. Akibatnya, unta memanfaatkannya sebagai sumber protein dan air. Baik darah maupun struktur sel unta dapat menjadikannya mampu bertahan hidup dalam jangka waktu yang panjang.
Bongol merupakan pembantu yang lain bagi unta. Seperlima bagian dari tubuhnya disimpan sebagai lemak dalam ponoknya. Penyimpanan lemak tubuh dalam satu bagian tubuh unta, dapat menghindarkannya dari kehilangan air dari seluruh tubuhnya. Ini menjadikan tubuhnya memakai jumlah seminum mungkin air. Meskipun seekor unta dapat makan 30-50 kg makanan dalam satu hari, ia dapat hidup 1 bulan hanya dengan 2 kg rumput.
Selain itu, unta memiliki bibir yang sangat kuat seperti karet yang menjadikannya mudah untuk memakan duri yang cukup tajam menembus kulit. Lebih lanjut, ia mempunyai sistim pencernakan yang kuat sehingga unta dapat makan apa saja yang ia dapati seperti piring platik, kapel tembaga dan buluh. Perutnya yang terbagi dalam empat ruangan sudah terbiasa dengan segalanya, meskipun selain makanan. Jelas sudah bagaimana kelebihannya ini dapat bermanfaat di kondisi iklim begitu kering.
 
أَلَمْ تَرَوْا أَنَّ اللَّهَ سَخَّرَ لَكُمْ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَأَسْبَغَ عَلَيْكُمْ نِعَمَهُ ظَاهِرَةً وَبَاطِنَةً وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُجَادِلُ فِي اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَلَا هُدًى وَلَا كِتَابٍ مُنِيرٍ (20)
Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin.Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan. Surah Luqman ; ayat 20.
Sekarang marilah kita merenungkannya berkaitan dengan informasi di atas: Apakah unta menyesuaikan tubuhnya sendiri terhadap kondisi padang pasir dengan sendirinya? Apakah ia sendiri membentuk ingus hidungnya dan ponok di punggungnya? Atau apakah unta membentuk hidung dan struktur matanya sendiri dengan perlindungan dari angin puyuh dan badai padang pasir? Apakah unta menyusun darah dan struktur selnya sendiri berdasar atas prinsip untuk menghindari membuang air? Apakah juga unta memilih jenis bulu untuk menutupi tubuhnya? Apakah unta merubah dirinya menjadi 'kapal padang pasir' dengan sendirinya?
Sebagaimana makhluk hidup yang lain, unta pastilah tidak dapat membuat kelebihan-kelebihan di atas dengan sendirinya. Lebih lanjut, unta tida dapat menjadikan dirinya sendiri memberikan manfaat bagi umat manusia. Ayat Al-Quran yang menyebutkan "Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan?" menjelaskan ciptaan hewan yang luar biasa ini dengan cara yang terbaik. Seperti makhluk lain, unta juga diciptakan dengan beberapa karakteristik dan kemudian ditempatkan di muka bumi sebagai suatu tand a kesempurnaa Pencipta Alam Semesta ini.

Sementara unta diciptakan dengan kelebihan fisik yang superior, ia telah diberikan bagi kepentingan umat manusia. Pada sisi lain, umat manusia diberikan tanggungjawab untuk melihat keajaiban ciptaan di seluruh alam semesta ini dan ma'rifat Sang Pencipta seluruh makhluk, Allah SWT…


MAKAN DAN MINUM BERDIRI MENURUT HADITH


1. Hadits-Hadits yang melarang 

عن أنس، عن النبي صلى الله عليه وسلم، «أَنَّهُ نَهَى أَنْ يَشْرَبَ الرَّجُلُ قَائِمًا»

Dari Anas radhiyallahu'anhu, beliau mengatakan bahwa Nabishalallahu'alahi wasallam melarang sambil minum berdiri. Qatadah berkata : “Kami bertanya : ‘Bagaimana dengan makan (sambil berdiri) ?”. Beliau menjawab : “Hal itu lebih buruk  atau menjijikkan.”  
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَجَرَ عَنِ الشُّرْبِ قَائِمًا» 

Dari Abu Sa’id al-Khudriradhiyallahu'anhu, beliau mengatakan bahwa Nabi shalallahu'alahi wasallam melarang minum sambil berdiri. (HR. Muslim no. 2025)

Sedangkan dalam hadits lainnya, bahkan Rasulullah shalallahu'alahi wasallam sampai memerintahkan agar mereka yang minum sambil berdiri untuk memuntahkannya
.
2. Hadits-hadits yang menunjukkan kebolehannya 

Sebaliknya, bila temui adanya riwayat dari hadits-hadits nabawi yang melarang aktivitas mengkonsumsi makanan dengan berdiri, ternyata banyak pula hadits yang menyebutkan sebaliknya, berikut diantaranya :

أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا حَدَّثَهُ قَالَ: «سَقَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ زَمْزَمَ، فَشَرِبَ وَهُوَ قَائِمٌ»

Dari Ibnu Abbas beliau mengatakan, “Aku memberikan air zam-zam kepada Rasulullah shalallahu'alahi wasallam Maka beliau lantas minum dalam keadaan berdiri.
أَنَّ عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ، شَرِبَ قَائِمًا، فَنَظَرَ إِلَيْهِ النَّاسُ كَأَنَّهُمْ أَنْكَرُوهُ، فَقَالَ: مَا تَنْظُرُونَ  ؟ إِنْ أَشْرَبْ قَائِمًا، " فَقَدْ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَشْرَبُ قَائِمًا، وَإِنْ أَشْرَبْ قَاعِدًا، فَقَدْ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَشْرَبُ قَاعِدًا

“Ali bin Abi Thalib radhiyallahu'anhu minum sambil berdiri. Kemudian orang-orang memandangnnya dengan pandangan seakan-akan tidak suka. Kemudian ia bekata : “Kalian melihat (dengan tidak suka) aku minum sambil berdiri ? Padahal aku melihat Nabi shalallahu'alahi wasallamminum sambil berdiri. Dan bila aku minum sambil duduk, karena sungguh aku juga melihat beliau minum sambil duduk.” 

Dalam riwayat lain Ali bin Abi Thalib radhiyallahu'anhu pernah berwudhu lalu meminum air sisa wudhunya sambil berdiri, kemudian beliau berkata :

بَلَغَنِي أَنَّ الرَّجُلَ مِنْكُمْ يَكْرَهُ، أَنْ يَشْرَبَ وَهُوَ قَائِمٌ، وَهَذَا وُضُوءُ مَنْ لَمْ يُحْدِثْ وَرَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَ هَكَذَا

“Telah sampai kepadaku bahwasanya diantara kalian ada yang membenci minum sambil berdiri, sesungguhnya aku berwudhu ini sebelum aku batal, dan aku melihat Rasulullah melakukan seperti ini.”
Dari Ibnu Umar beliau mengatakan,

كُنَّا عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: نَأْكُلُ وَنَحْنُ نَمْشِي، وَنَشْرَبُ، وَنَحْنُ قِيَامٌ

“Di masa Nabi shalallahu'alahi wasallam  kami pernah makan sambil berjalan dan minum sambil berdiri.”

Dengan adanya hadits-hadits di atas, ulama berbeda pendapat dalam menyimpulkan hukum makan dan minum sambil berdiri. 

1.  Makan dan minum boleh berdiri dan boleh duduk

Kalangan ini berpendapat, bahwa makan dan minum boleh saja dikerjakan sambil duduk dan berdiri. Minum sambil berdiri dipandang boleh-boleh saja jika memang seseorang dalam kondisi berdiri dan tidak ada kemakruhannya. Hal ini karena kalangan ini berpendapat, hadits yang menyatakan bolehnya minum sambil berdiri menasakh hadits-hadits yang melarangnya.

Ini diketahui sebagai pendapat jumhur tabi’in[8] seperti : Sa’iid bin Jubair, Thaawus, Zaadzaan Abu ‘Umar Al-Kindiy, dan Ibrahim bin Yaziid An-Nakha’iy, imam Ahmad bin Hanbal dan yang masyhur dalam madzhabnya[9], Jumhur Malikiyyah.[10]

2. Boleh makan dan minum sambil berdiri, namun duduk lebih utama.

 Jumhur ulama berpendapat bahwa minum sambil berdiri itu diperbolehkan.  Hal ini kerana hadits yang melarang dipandang tidak lebih kuat dari yang membolehkan, hanya kemudian dipandang sebagai keutamaan.

Menurut pendapat ini, hadits-hadits pelarangan itu hanyalah makruh tanzih (makruh ringan), sedangkan perbuatan beliau (yang minum sambil berdiri) menjelaskan tentang kebolehannya. Hadis-hadis pelarangan dibawa kepada makna disukainya minum sambil duduk, serta dorongan kepada amal-amal yang lebih utama lagi sempurna. Pendapat ini adalah pendapat jumhur ulama, diantaranya adalah sebagian  kalangan Hanafiyyah, sebagian kalangan Malikiyyah, jumhur ulama Syafi’iyyah.[11]

An Nawawi t mengatakan : “Yang benar adalah makruh tanzihnya (Minum sambil berdiri). Adapun Nabi minum sambil berdiri menunjukkan kebolehan hal itu dilakukan.[12]

3.  Makan dan minum sambil berdiri adalah Haram. 

Sebagian ulama lainnya berpendapat haram minum sambil berdiri, dan untuk makan lebih makruh lagi. Karena kalangan ini memandang hadits-hadits yang menyatakan kebolehan minum sambil berdiri di masnsukh oleh yang melarangnya. Ini diketahui sebagai pendapat Ibnu Hazm dan kalangan mazhab ad Dhahiri[13]

4. Kebolehan dengan catatan tertentu
Ada yang mengatakan bahwa bolehnya minum sambil berdiri hanya jika ada hajat/keperluan; selain dari itu, maka dibenci. Ini merupakan pendapat Ibnu Taimiyyah, dan Ibnul-Qayyim.[14]
Manakah yang lebih utama untuk diikuti ?

Pendapat yangh rajih dalam masalah ini, dan lebih utama untuk diikuti adalah pendapat jumhur ulama, yakni pendapat yang menyatakan makan dan minum lebih utama dikerjakan dengan duduk, adapun bila dikerjakan dengan berdiri, maka itu makruh tanzih atau tidak mendapat keutamaan.[15]




Dr. Abdurrazzaq Al-Kailani berkata: “Minum dan makan sambil duduk, lebih sehat, lebih selamat, dan lebih sopan, karena apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lembut. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, menabraknya dengan keras, jika hal ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan melar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan pernah sekali minum sambil disfungsi pencernaan. Adapun Rasulullah berdiri, maka itu dikarenakan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan.

Anda merasa sudah melakukan diet dengan benar tapi berat badan belum berkurang juga? Mungkin ada yang salah dengan cara makan Anda. Kebiasaan makan sambil berdiri bisa jadi salah satu penyebab mengapa Anda tidak kurus-kurus.Jangan makan sambil berdiri Di zaman yang serba cepat ini, makan bukanlah kegiatan yang spesial lagi.

Dahulu, orang-orang selalu makan dalam keadaan duduk untuk menghargai berkah yang diberikan sang pencipta. Namun kini, makan sambil berdiri bahkan berjalan sudah jadi hal yang lumrah. Secara ilmiah, makan sambil duduk dan tetap pada satu tempat membuat otak tidak akan memikirkan makanan lain selain yang ada di hadapannya saat itu. Hal itu karena tubuh akan memberikan sinyal pada otak untuk tidak perlu mencicipi makanan lainnya dan fokus pada satu makanan ketika sedang duduk, dan hal itu membuat Anda lebih sedikit memasukkan kalori dalam tubuh.

Mengapa Rasulullah melarang ummatnya minum berdiri. Dalam hadist disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri” Ini dibuktikan dari segi kesehatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang bisa membuka (sehingga air kemih bisa lewat) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Nah. Jika kita minum berdiri. Air yang kita minum tanpa disaring lagi. Langsung menuju kandung kemih. Ketika langsung menuju kandung kemih, maka terjadi pengendapan disaluran ureter.

Karena banyak limbah-limbah yang menyisa di ureter. Inilah yang bisa menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penya kit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.

Dari Anas r.a. dari Nabi saw.: "Bahwa ia melarang seseorang untuk minum sambil berdiri. Qatadah berkata, "Kemudian kami bertanya kepada Anas tentang makan. Ia menjawab bahwa itu lebih buruk."

Pada saat duduk, apa yang diminum atau dimakan oleh seseorang akan berjalan pada dinding usus dengan perlahan dan lembut. Adapun minum sambil berdiri, maka ia akan menyebabkan jatuhnya cairan dengan keras ke dasar usus, menabraknya dengan keras, jika hal ini terjadi berulang-ulang dalam waktu lama maka akan menyebabkan melar dan jatuhnya usus, yang kemudian menyebabkan disfungsi pencernaan.

Adapun rasulullah saw pernah sekali minum sambil berdiri, maka itu dikarenakan ada sesuatu yang menghalangi beliau untuk duduk, seperti penuh sesaknya manusia pada tempat-tempat suci, bukan merupakan kebiasaan. Ingat hanya sekali karena darurat! Manusia pada saat berdiri, ia dalam keadaan tegang, organ keseimbangan dalam pusat saraf sedang bekerja keras, supaya mampu mempertahankan semua otot pada tubuhnya, sehingga bisa berdiri stabil dan dengan sempurna.

Ini merupakan kerja yang sangat teliti yang melibatkan semua susunan syaraf dan otot secara bersamaan, yang menjadikan manusia tidak bisa mencapai ketenangan yang merupakan syarat terpenting pada saat makan dan minum. Ketenangan ini bisa dihasilkan pada saat duduk, di mana syaraf berada dalam keadaan tenang dan tidak tegang, sehingga sistem pencernaan dalam keadaan siap untuk menerima makanan dan minum dengan cara cepat. Makanan dan minuman yang disantap pada saat berdiri, bisa berdampak pada refleksi saraf yang dilakukan oleh reaksi saraf kelana (saraf otak kesepuluh) yang banyak tersebar pada lapisan endotel yang mengelilingi usus.

Refleksi ini apabila terjadi secara keras dan tiba-tiba, bisa menyebabkan tidak berfungsinya saraf (vagal inhibition) yang parah, untuk menghantarkan detak mematikan bagi jantung, sehingga menyebabkan pingsan atau mati mendadak. Begitu pula makan dan minum berdiri secara terus-menerus terbilang membahayakan dinding usus dan memungkinkan terjadinya luka pada lambung.

Para dokter melihat bahwa luka pada lambung 95% terjadi pada tempat-tempat yang biasa berbenturan dengan makanan atau minuman yang masuk. Sebagaimana kondisi keseimbangan pada saat berdiri disertai pengerutan otot pada tenggorokkan yang menghalangi jalannya makanan ke usus secara mudah, dan terkadang menyebabkan rasa sakit yang sangat yang mengganggu fungsi pencernaan, dan seseorang bisa kehilangan rasa nyaman saat makan dan minum. Dari segi kesehatan.

Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfringter. Sfringter adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang bisa membuka (sehingga air kemih bisa lewat) dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penyaringan yang berada di ginjal. Nah. Jika kita minum berdiri.

Air yang kita minum tanpa disaring lagi. Langsung menuju kandung kemih. Ketika langsung menuju kandung kemih, maka terjadi pengendapan disalurkan ureter. Karena banyak limbah-limbah yang menyisa di ureter. Inilah yang bisa menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya. Diriwayatkan ketika Rasulullah s.a.w.
Copyright © 2015 DUA FAKTA SAINTIFIK DARI AL-QURAN DAN HADIS
| Distributed By Gooyaabi Templates